Rabu, 27 Januari 2010

Gerakan Tambah Ahli : Pemuda Sasar 50,000 Ahli Baru Sepanjang 2010

Alor Setar -- Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata pergerakan itu akan melipatgandakan usaha bagi memperkuatkan keanggotaan sayap itu, dengan mensasarkan lebih 50,000 keahlian baru sepanjang 2010.


Justeru jelas beliau bagi mencapai sasaran itu Pemuda UMNO akan melancarkan Program Kempen Pendaftaran Ahli dan Daftar Pemilih peringkat nasional di Kedah awal bulan depan.

"Pemuda sasar dua kali ganda penambahan anggota berbanding tahun lepas dan bagi Kedah sahaja kita sasarkan antara 5,000 hingga 6,000 anggota Pemuda baru", katanya.

Beliau bekata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, di sini, Selasa.

Tambahnya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, akan melancarkan program itu dengan gerak kerja dilakukan serentak di seluruh negara pada 5 Feb ini.

"Kita akan mengadakan kempen di setiap kawasan bagi memastikan golongan muda sedar bahawa perjuangan Pemuda masih utuh serta relevan", ujarnya.
 
Oleh Haris Razali

0 ulasan:

Feed Traficc

Radio Online

My Followers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP